Ketika kita sudah
berikrar menjadi sepasang suami istri berarti kita pun siap hidup bersama dalam
suka dan duka, mendampingi suami hingga akhir hayat. Komitmen seperti itu
bukanlah hal sulit bagi sebagian perempuan, apa sih susahnya hidup bersama
dengan orang yang dicintai. Itulah salah satu dari
sekian banyak keistimewaan yang Allah berikan kepada wanita dalam hal mencintai,
berikut keistimewaan lain yang Allah karuniakan kepada para Wanita :
1. Doa
wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab
baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang
tidak akan sia-sia."
2. Wanita
yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang
siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis karena takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah
S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang
siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan
kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan
anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita
yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W)
di dalam syurga.
6. Barang
siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada
Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga
itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila
memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu
dahulu.
10. Wanita
yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.
11. Wanita
yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat
kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah
r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W,siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa
pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W "Ibunya."
13. Perempuan
apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya
serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia
kehendaki.
14. Tiap
perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila
seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila
seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila
seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti
keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila
telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada
susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila
semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk
membela agama Allah S.W.T
0 Response to "KEISTIMEWAAN WANITA"
Posting Komentar